Sardin Roll
Hari ini, pagi-pagi lagi anak-anak ku tanya, breakfast pagi ni apa mama?? Sorang nak roti
celup telur, sorang nak makan roti dengan tuna, sorang nak roti dengan sardin... Apa lagi, aku
pun buka plastik roti. Ha!! Sorang tukang buang kulit roti, sorang gelekkan roti. Mamanya pun
mulakan project masak sardin. Lepas tu beramai-ramai menggulung roti. Ingatkan buat
banyak-banyak boleh bawa bekal ke sungai... malangnya... belum sempat bungkus nak bawa
ke sungai, dah habis dibedalnya... lepas-lepas berenang kat sungai, terpaksa beli nasi lemak
bungkus... kah kah kah... LAPARRRR
Bahan-bahan
1 packet roti (besar)
4 biji telur
serbuk roti
garam secukup rasa
lada sulah
Inti
1 tin besar sardin (kuahnya diambil separuh sahaja)
2 biji limau kasturi (ambil jus)
1 biji cili merah (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris halus)
Cara-cara
1. Campukan ke semua bahan inti dan goreng sehingga sardin hancur dan kering sedikit.
2. Buangkan kulit tepi roti dan gelekkan roti sehingga nipis.
3. Masukkan inti dan gulungkan roti. tekan kedua hujung roti supaya inti tidak terkeluar. Letakkan sedikit telur atau air untuk gamkan roti.
4. Celupkan roti pada telur yang telah dipukul dengan garam dan lada sulah.
5. Golekkan pula roti pada serbuk roti.
6. Goreng sehingga kekuningan .
No comments:
Post a Comment