My Manis Mulut

Hasil terbaru setelah kena hacked... cuma masih ada yang belum tertera resepi-resepinya.. buat bersabar ye...
Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Kuih Sago


KUIH SAGO
Posted by Picasa

Ha!! Kuih ni kuih kegemaran anak sulungku ngan aku sekali. Setiap kali mak mertua ku tanya nak makan apa,

 aku minta tolong dia buat kuih ni.. kat kedai banyak jual tapi kadang-kadang tu, sago tak masak betullah, kelapa

 dia macam tak berapa eloklah. So, lama-lama, aku belajar buat sendiri. Resipi ni memang aku dapat dari mak

 mertua ku juga.. almaklumlah, mak mertuaku ni dulu bekas guru memasak kat sekolah. Even cikgu-cikgu kat

 sekolah tu pun dia ngajar.. siap ada album tu. Seronok dapat tengok buku resipi colection mak mertua ku..

Resipi ni senang je, cuma penat mengacau je..


Bahan-bahan

3 cawan sago

3 cawan gula

2 helai daun pandan

3/4 camca kecil esen ros

sedikit pencelup merah

5/6 cawan air

air secukupnya utk merendam sago

1/2 biji kelapa parut yang diambil putihnya sahaja

sedikit garam

Cara-cara

1. Masakkan air panas (padamkan api setelah air masak)

2. Masukkan sago kedalam air panas, rendam selama 7-8 mini
t
3. Toskan airnya

4. Masukkan kembali sago kedalam periuk, masukkan 5 cawan air sambil kacau.

5. Masukkan daun pandan, gula dan pencelup (esen) merah dan masak sampai sago jernih.

6. Masukkan esen ros

7. Setelah semua sago jernih, masukkan kedalam loyang. Tunggu sehingga sejuk.

8. Apabila sejuk, potong dan gaul dengan kelapa yang bercampur garam sebelum dihidangkan.

Kuih Gertas

Posted by Picasa

Donut Kentang




Donut Kentang


Hari ini, mood nak makan donutlah pulak. Teringat masa duduk kat Puchong dulu belajar buat
donut ni dengan pembantu kawanku. Lama tak makan. Semalam beli kentang nak buat sup
ayam, tapi tak terbuat, apa lagi... aku pun rebuslah kentang tu untuk dijadikan donut.. Anak-
anak aku pun suka makan donut ni... beli kat kedai tak puas makan, apa lagi buat je lah sendiri..
jom.. buat sekali!!


Bahan- bahan

500g tepung
1 biji kentang
1 cawan air suam
5g yeast segera
1/3 cawan minyak masak/minyak jagung
1/4 tin susu cair(ideal)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam


Cara-cara1. Rebus kentang sehingga empuk. Blend kentang bersama 1 cawan air suam.

2. Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan yeast, gula, minyak, susu cair, garam dan kentang yang di blend tadi.

3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau menggunakan tangan sahaja. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Jika rasa terlalu keras, campurkan sedikit lagi air suam atau sebaliknya, jika terlalu lembut, tambahkan lagi sedikit tepung. Lagi lembut doh, lagi lembut donut akan jadi.

4. Bulat2 kan doh menjadi kecil-kecil dan buatkan lubang ditengah-tengah dan susun dia atas dulang yang telah di taburkan tepung.

5. Biarkan sehingga 30 minit atau kembang dua kali ganda.

6. Goreng pada api sederhana sehingga is kekuningan.

7. Apabila ia sudah suam, taburkan dengan gula caster atau gula ising.

Pau Sambal Goreng




PAU GORENG

Inilah dia pau goreng kegemaran ramai. Suami tersayang ku ni kurang sikit makan kuih manis-manis, tapi
 kalau pedas-pedas... masyukkkk.. hihihi... Lagipun sambal tumis ikan bilis banyak aku buat tadi,
Resepi ni aku dapat dari seorang kawan yang bagi inspirasi kat aku untuk buat blog ni. Blog dah lama ada 
tapi tak tau nak letak apa.. meh aku kongsi resepi beliau untuk semua yang berminat.


Bahan-bahan


A

1 peket yis 11 gm

1/2 sudu makan gula

1 cawan air suam


B

5 cawan tepung gandum

2 biji telur

2 sudu merjerine

2 sudu susu tepung

1 sudu teh gula

1 sudu teh garam

1 biji kentang kecil
( rebus dan lecek)


Cara-cara


1. Satukan bahan A. Biar ia berbuih tanda yis aktif.

2. Masukkan semua bahan B kecuali mentega. Gaul rata.

3. Tuang bahan A kedalam B dan uli hingga menjadi doh.

4. Lumurkan mentega dan uli hingga adunan lembut.Tutup dengan kain lembab dan perap 15 hingga 20 minit.

5. Taburkan tepung di atas landasan dan

canai sedikit doh setebal 1 cm dan terap dengan acuan mengikut besar yang di kehendaki.

6. Buat sehingga habis.

7. Doh yang di terap mula-mula tadi bolehlah di goreng di dalam minyak penuh dan api sederhana. Angkat, tos dan sejukkan.

8. Potong pau di bahagian tengah tetapi jangan sampai putus.

9. Sapukan dengan sambal tumis dan letakkan sekeping timun yang di potong bulat nipis ditengah pau..
( potong sedikit di hujung timun biar kemas bila di letak)

Roti Jala




ROTI JALA

Inilah dia roti jala kegemaran ku... memang penat membuatnya, tapi berbaloi bila melihat anak2 memakannya,
 hilang rasa penat. Roti jala ni sedap bila kita cicah dengan kuah kari ayam atau kari daging. Tapi aku suka lagi
 makan dengan kuah durian.. perg!! sedapnya bila mengenangkan durian ni... sapa2 yang nak mencuba, bulan2
 puasa ni kan... hmmm sedap tu... marilah cuba.. Aku suka buat kecil-kecil, comel dan nampak halus je
 jaringnya.. pakai acuan satu lubang.. acuan ni mak mertua ku tempah special untuk aku.. hihihi.. canggih tak
 mak mertua ku?? Kat sini aku letak pewarna kuning sebab kalau letak serbuk kunyit, kuat sangat rasa
 kunyitnya.

Bahan-bahan

450gm tepung gandum
450ml susu segar
450ml air
1 sudu kecil garam
1 biji telur (optional)
sedikit pewarna kuning
minyak untuk meleserkan kuali

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan-bahan diatas, kacau sehingga sebati. tambah sedikit air jika rasa terlalu pekat.
2. Setelah semua bahan sebati, tapiskan adunan supaya tidak terdapat tepung yang masih bergentel. Jika tidak, nanti corong roti jala akan tersumbat.
3. Sapukan minyak pada kuali, mulakan menjala....

Selamat mencuba... jangan putus asa kalau tak cantik... cuba dan terus mencuba..

Bingka Ubi




BINGKA UBI

Bahan-bahan

1 kilo ubi kayu yang telah siap disagat

1 ketul besar gula merah

5 sudu besar gula

1 cawan air (cawan corelle)

200gm santan

1 sudu kecil garam



Cara-cara

Campurkan gula merah, gula, garam dan air, masak sehingga kesemua 

gula larut. Biarkan sejuk seketika.

Tapiskan ubi kayu yang telah di sagat. Buangkan airnya dan campurkan 

semula mendapan yang tertakung ke dalam ubi kayu.

Kemudian masukkan larutan gula, santan dah gaul sehingga sebati.

Bakar dalam acuan bingka ubi yang telah siap di sapu mentega.


Pau


PAU KACANG MERAH

Semalam aku dan jiran ku pergi ke pasar tani di Batu Kawa, Kuching. Jalan punyalah jalan, anak dia nak 
makanlah plak kuih pau yang ada di jual kat pasar tani tu... Alamak ai... kesian dia, peniaganya plak bukan orang
 islam.. Apa lagi, dari minggu lepas memang nak buat pau, tepung pau dah seminggu beli, inti kacang merah
 lebihan buat roti hari tu pun banyak lagi. Hmmm.. apa lagi, gi beli shortening, siap-siap masak untuk makan
 malam, aku pun memulakan project pau ni.. dah bertahun tak buat, nasib baik jadi!! Cuma kali ni, aku tengok kat
 blog kenkawan, ada letak cukalah plak, try jugak lah.. ok gak. Jadi untuk berkongsi ngan kenkawan... kat bawah
 ni ada resepi kuih pau ku...

Bahan-bahan
900gm Tepung Pau
3 tbsp Baking Powder
1 tsp Pelembut Pau
11 gm Yeast
450 ml Air suam
6 tbsp Gula
1 tsp Cuka
1 tsp Garam
6 tbsp Shortening

Cara-cara

1. Larutkan gula dalam air suam, campurkan garam dah cuka, kacau hingga sebati dan gula larut.
2. Masukkan tepung pau, yeast, baking powder dan pelembut pau ke dalam mangkuk adunan. Tuangkan bancuhan air suam sikit demi sedikit dan uli adunan. Saya menggunakan mesin adunan (mixer, no2/speed sederhana).
3. Setelah adunan sebati, masukkan shortening dan teruskan menguli sehingga menjadi satu doh yang lembut dan licin. (Uli lebih kutrang 10 minit.)
4. Tutup doh dengan cling wrap selama 40 hingga 50 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
5. Bahagikan dan bulatkan doh kecil-kecil atau lebih kurang 40gm.Isikan dengan inti
6. Biarkan ia rehat lagi 30 minit dan kukus pada api sederhana dan api sekata selama 15 minit.

Ketayap




Kuih Ketayap

Kuih ketayap ni kuih yang sedap dan senang dibuat... anak-anak amat menggemarinya. Pagi-

pagi aku dah siapkan intinya tapi tak tau nak buat kuih apa... pulut inti ke? kuih koci ke?? last-

last aku decide buat ketayap jer lah... pancake melayu... hihihi...



Bahan-bahan inti

2 cawan kelapa parut putih sahaja

1 ketul besar gula melaka

4 sudu besar gula pasir

1/2 cawan air

1 sudu besar tepung jagung


Cara-cara memasak inti

Masukkan kesemua bahan kedalam kuali dan masak diatas api sederhana. Kacau sehingga sebati

dan kering sedikit. Biarkan sedikit lembab. Angkat dan sejukkan.


Bahan-bahan membuat kulit

2 cawan tepung gandum

2 cawan air pandan dari 7 helai daun pandan yang dikisar dan ditapis

1/2 cawan susu segar atau santan

1 sudu kecil pewarna hijau

1 sudu kecil garam


Cara-cara membuat kulit

1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati. Tapiskan.

2. Panaskan kuali dan sapukan minyak.

3. Tuangkan satu senduk adunan dan goyangkan kuali supaya adunan rata dan nipis.

4. Apabila masak, angkat dan letakkan inti di tengah-tengah.

5. Gulung dengan kemas.


Cek Mek Molek




Che Mek Molek




Kuih ni aku dapat dari seorang kawan yang ada blog gak. Dengar namanya sedap je.. Jadi aku pun cubalah,

memandangkan ada ubi keledek ni kat rumahkan. Ada keledek ada keria, ada keledek ada keria... eee boring 


plak. Tu yang cari resepi baru tu. Anak-anak pun suka plak tu.. dia orang kata nak suruh aku buat lagi.. tau 


kenapa, bila dia orang gigit je, keluar air gula tuh!! Itu yang dia orang suka tu, lain dari yang lain inti nya... simple 


tapi sedapppp..


Bahan-bahan

Keledek merah
Tepung gandum
Gula pasir


Cara-cara

1. Kupaskan keledek, rebus bersama sedikit garam sehingga empuk.

2. Uli bersama sedikit tepung sehingga boleh dibentuk dan tidak melekat di jari.

3. Ambil sedikit adunan, leperkan dan isikan gula di tengah dan bentukkan seperti dalam gambar di atas.

4. Goreng didalam minyak yang banyak, pada api yang sederhana..


Pulut Seri Muka




PULUT SERI MUKA


Kuih ni mak mertua ku ajar... garenti sedap dan lembut. Banyak kali dah aku buat, semua orang kata sedap.

Cuba, jangan tak cuba...


Bahan-bahan lapisan bawah

3 cawan beras pulut

21/2 cawan santan

2 camca garam


Cara-cara

1. Bersihkan beras pulut

2. Masukkan garam kedalam santan, kacau sampai garam larut

3. Masukkan santan kedalam pulut. Ratakan. Santan hendaklah sama rata atau cukup untuk menutupi pulut.

4. Kukus hingga masak.

5. Kemudian, tekan-tekan sedikit pulut yang telah siap dimasak ini.


Bahagian lapisan atas pulut. (boleh disediakan semasa pulut sedang dikukus)


Bahan-bahan

4 biji telur

11/2 cawan gula

4 camca besar tepung gandum

10 auns santan

10 auns air pandan (6 helai daun pandan campur 1/2 camca kecil jintan manis)

sedikit pencelup hijau


Cara-cara

1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.

2. Tapiskan.

3. Kacau sekejap diatas api sehingga naik wap. Jangan terlalu lama.

4. Kemudian tuangkan ke atas pulut tadi. Kukus semula sehingga masak.

Resipi ini elok dalam loyang segi empat 10" x 10"

Selamat mencuba!! Semoga berjaya!!