My Manis Mulut

Hasil terbaru setelah kena hacked... cuma masih ada yang belum tertera resepi-resepinya.. buat bersabar ye...
Showing posts with label Roasted. Show all posts
Showing posts with label Roasted. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Ayam Bakar Berpantang


Ni lah dia, bila ada orang bersalin, macam ni lah lauknya.. Ayam ni kita perap dalam dua hingga tiga jam, lepas tu kita bakar dalam oven tanpa minyak. Senang dan menyelerakan. 
Bahan nak membuatnya pun senang nak dicari. Ni saya buat untuk kawan yang baru lepas bersalin pada 13.1.13. Comel betul baby dia. Kita duduk merantau bersama, emaknya pun belum sampai dari semenanjung, so, tolonglah masakkan untuk my friend ni...  hope she like it!! Tapi tak suka pun kena ngap gak ni... hehe
Ni saya sharekan resepi kalau ada sesiapa nak mencubanya.. sengaja buat banyak-banyak, sekali seisi rumah makan ayam orang berpantang... nasibbbb... hehe...

Bahan-bahan

1.5kg            Ayam 
2inchi            Halia
            1inchi            Kunyit hidup
               4biji              Bawang besar
     1sudu besar         Lada hitam    
 2batang          Serai
Garam secukup rasa. Jangan masin sangat. Tak elok untuk orang berpantang.



Blend halus semua bahan-bahan diatas dan lumurkan pada ayam. Perap ayam selama 2 hingga 3 jam. Masukkan dalam bekas yang boleh dibakar dan tutup rapat dengan foil. Bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga ayam masak. Makan bersama nasi panas-panas dan sayur sawi rebus. Sawi ni bagus untuk menambahkan susu badan.. 

Nilah dia hasil menu berpantang ayam panggangku.. Gambar ni upload dari fon, minta maaf lah ye.. tak reti nak edit dah... gambar dah siap dibakar dan yang dibawahnya gambar ayam yang sedang diperap...


Wednesday, February 16, 2011

Ayam Bakar



















Ayam bakar

Seperti dalam gambar kat atas tu, ini adalah makanan kegemaran kami sekeluarga. Bila rasa

malas nak masak memasak, inilah yang aku hidangkan untuk kami sekeluarga... Tak susah,

senang aje, kesemua bahan aku bakar sekali gus... Resepinya pun senang sangat. Aku akan

bakar ayam, kentang dan sayur-sayuran sekali. Ayam akan dibakar dibahagian atas kerana

minyak ayam akan meleleh turun ke atas kentang dan sayuran.

Anak-anak dan mak aku panggil hidangan ni "ayam kangkang" kerana cara potongan dan

hidangan ayam tu


Bahan- bahan untuk ayam

2 ekor ayam dibelah dan di kangkangkan

2 labu bawang putih

2 biji lemon

10 biji cili hidup

garam secukup rasa

lada hitam

4 sudu besar minyak



Cara-cara

1. Kisarkan bawang putih dan cili hidup sehingga halus.

2. Gaulkan sebati keatas ayam dan perahkan lemon, masukkan garam dan lada hitam dan minyak. Lumurkan pada ayam sehingga sebati.

3. Perapkan ayam selama 4 jam atau sekurang-kurangnya 1 jam.

4. Sedia untuk dibakar selama 1 jam atau ayam masak.


Bahan sampingan

kentang

carrot

tomato

bawang putih

garam

butter


Cara-cara

Potong kesemua bahan mengikut cita rasa

Susun di atas dulang pembakar

Letakkan beberapa ketul butter yang dipotong dadu dan renjiskan sedikit garam

Bakar sehingga empuk dan masak