My Manis Mulut

Hasil terbaru setelah kena hacked... cuma masih ada yang belum tertera resepi-resepinya.. buat bersabar ye...

Friday, March 1, 2013

Shepherd's Pie

Shepherd's Pie


Nilah dia hasil berhari-hari duk membelek buku Chef Haniliza kita tu... alaaa... buku 1 hari 1 resepi tuuu... Buku tu memang kelassss.... setiap resepi yang aku try masak, sure menjadi!! Pastu sedap plak tu!! Sendiri puji sendiri.. hehe... Tapi memang dah bosan asyik menu yang sama tiap-tiap harikan, so hari ni, trylah buat shepherd's pie ni.. lain daripada yang lain sikit. Jom kita sama-sama kongsi resepi Chef ni, cuma ada sikit-sikit la perubahannya.. alaaa.. saya cuma ubahkan tomato fresh dengan tomato yang dibeli dalam tin tu.. saya dan suami suka tomato ni, bukan saja dia manis dan sedap, tapi kulit pun dah tak ada.. malas la tu... hehe...


Bahan Untuk Inti


500gm              Daging kisar
1 labu                Bawang besar dipotong dadu
1 ulas                 Bawang putih di cincang halus
1 cawan             Kacang panggang
8 biji                  Cendawan butan dipotong 4
5 biji                  Tomato yang masak, aku guna tomato dalam tin
1 batang             Lobak merah dipotong dadu
1 pokok             Daun parski dicincang
1 sudu makan     Tepung jagung yang dibacuk dengan 1 cawan air
1 sudu makan    Serbuk lada hitam
1 kiub                Stok daging
2 sudu makan     Minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan untuk Pie Kentang


1kg                    Kentang
1/2 cawan          Susu Segar
2 sudu makan     Mentega
1 sudu teh           Lada sulah, aku guna lada hitam yang dikisar sendiri
Garam secukup rasa


Cara membuat Inti

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging masak
  3. Masukkan kesemua bahan kecuali tepung
  4. Apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga masak
  5. Angkat dan masukkan kedalam mangkuk kaca

Cara membuat Pie Kentang

  1. Kentang direbus dengan air dan garam sehingga empuk
  2. Lecek kentang dan gaulkan bersama kesemua bahan
  3. Letakkan kentang diatas Inti tadi. Aku letakkan kentang lecek ni kedalam piping bag yang mempunyai nozel star yang besar dan pipe diatas inti seperti didalam gambar
  4. Bakar didalam oven pada suhu 200C selama 30 min. Tapi aku guna suhu 180C aje..
  5. Hidangkan...

Monday, January 14, 2013

Ayam Bakar Berpantang


Ni lah dia, bila ada orang bersalin, macam ni lah lauknya.. Ayam ni kita perap dalam dua hingga tiga jam, lepas tu kita bakar dalam oven tanpa minyak. Senang dan menyelerakan. 
Bahan nak membuatnya pun senang nak dicari. Ni saya buat untuk kawan yang baru lepas bersalin pada 13.1.13. Comel betul baby dia. Kita duduk merantau bersama, emaknya pun belum sampai dari semenanjung, so, tolonglah masakkan untuk my friend ni...  hope she like it!! Tapi tak suka pun kena ngap gak ni... hehe
Ni saya sharekan resepi kalau ada sesiapa nak mencubanya.. sengaja buat banyak-banyak, sekali seisi rumah makan ayam orang berpantang... nasibbbb... hehe...

Bahan-bahan

1.5kg            Ayam 
2inchi            Halia
            1inchi            Kunyit hidup
               4biji              Bawang besar
     1sudu besar         Lada hitam    
 2batang          Serai
Garam secukup rasa. Jangan masin sangat. Tak elok untuk orang berpantang.



Blend halus semua bahan-bahan diatas dan lumurkan pada ayam. Perap ayam selama 2 hingga 3 jam. Masukkan dalam bekas yang boleh dibakar dan tutup rapat dengan foil. Bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga ayam masak. Makan bersama nasi panas-panas dan sayur sawi rebus. Sawi ni bagus untuk menambahkan susu badan.. 

Nilah dia hasil menu berpantang ayam panggangku.. Gambar ni upload dari fon, minta maaf lah ye.. tak reti nak edit dah... gambar dah siap dibakar dan yang dibawahnya gambar ayam yang sedang diperap...


Monday, November 14, 2011

Caramelised Apple Pie

Posted by Picasa

Blueberry Cheese Bun

Blueberry Cheese Bun


Hi all.. Lama betul tak update blog aku yang ni.. hmm.. sibuk.. hehe... lebih kepada malas pun ada gak ni.. Tapi tak pe.. ni ada satu resepi bun yang sedap. Anak-anak aku pun asyik nak 'ngap' jer bun ni.. tu pun nasib baik ada lebihan tepung roti kat almari aku tu... beli cream cheese nak buat cheese pie.. jadi bun plak dia!! Lama tak buat roti, asyik balik KL jer, bawa sekoyan roti Gardenia. Almaklumlah roti Gardenia kat Sarawak ni harganya double...  tu pun kalau jumpa.. :( 

Cuti sekolah nak bermula.. dapur aku pun dah nak mula tutup ni... nak balik KL... lama lagi lah blog ni tak update!! Tapi tak pe.. kalau ada masa, aku update sikit2.. lagipun aku tengah belajar buat food photography ni.. kut la menjadikan.. aku nak buat session baru dalam blog ni!! InsyaAllah... ok lah.. Kat bawah ni aku sertakan respi dari sepupu suami ku.. kak Yan. Thanks ye kak Yan.. worth it!!!

Selamat mencuba.. cuba jangan tak cuba...



Posted by MamaFaMi

Source :  My dearest kak Yan.( http://fadelicious-fadelicious.blogspot.com/)



Ingredients :


1 egg
Approximately 200g lukewarm water (egg + water = 265g)
120g sugar
6g salt
5g bread softener
500g bread flour/high protein flour
20g milk powder ( pakai whipping cream)
5g bread improver
11g instant dried yeast
80g margarine
Blueberry topping


250g Philadelpia Cream Cheese
60g butter
60g icing sugar
1 egg


Method

Cream all the ingredients for the filling till smooth.

Bread maker method :
1. Into the breadmaker pan, pour in the water and egg. Add sugar, salt and bread softener.
2. Top it with flour, milk powder, bread improver and instant dried yeast.
3. Set the bread maker to DOUGH setting and press start. When the dough is just combined, add in margarine. Leave the bread maker to finish the cycle which takes about 1 1/2 hour or so.
4. Remove the dough from the pan and divide the dough into 20 equal portions. Roughly about 49 to 50g each.
5. Form each portion into a ball and arrange on a baking tray. Leave to rise for another 30 minutes or so.
6. Before baking, brush the dough with some fresh milk and use a scissor to cut the top of the dough.
7. Pipe some blueberry filling on top and cream cheese filling.
8. Bake in a pre-heated oven at 180c for 20 to 25 minutes or till golden brown.
9. Once out of the oven, brush with a bit of butter. Place on a wire rack to cool. Keep in an airtight container.


Non Breadmaker method:


1. Put everything into the mixer bowl except for the margarine/butter and mix well then put in the butter/margarine. Mix for about 15 minutes.

2. Then transfer dough to another bowl and let it rest for an hour till it rise.

3. Make balls of 50 gm and put in the baking tray.

4. Rest for 30 minutes.

5. Follow breadmaker step 6 to 9.