My Manis Mulut

Hasil terbaru setelah kena hacked... cuma masih ada yang belum tertera resepi-resepinya.. buat bersabar ye...
Showing posts with label Donut. Show all posts
Showing posts with label Donut. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Donut Kentang




Donut Kentang


Hari ini, mood nak makan donutlah pulak. Teringat masa duduk kat Puchong dulu belajar buat
donut ni dengan pembantu kawanku. Lama tak makan. Semalam beli kentang nak buat sup
ayam, tapi tak terbuat, apa lagi... aku pun rebuslah kentang tu untuk dijadikan donut.. Anak-
anak aku pun suka makan donut ni... beli kat kedai tak puas makan, apa lagi buat je lah sendiri..
jom.. buat sekali!!


Bahan- bahan

500g tepung
1 biji kentang
1 cawan air suam
5g yeast segera
1/3 cawan minyak masak/minyak jagung
1/4 tin susu cair(ideal)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam


Cara-cara1. Rebus kentang sehingga empuk. Blend kentang bersama 1 cawan air suam.

2. Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan yeast, gula, minyak, susu cair, garam dan kentang yang di blend tadi.

3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau menggunakan tangan sahaja. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Jika rasa terlalu keras, campurkan sedikit lagi air suam atau sebaliknya, jika terlalu lembut, tambahkan lagi sedikit tepung. Lagi lembut doh, lagi lembut donut akan jadi.

4. Bulat2 kan doh menjadi kecil-kecil dan buatkan lubang ditengah-tengah dan susun dia atas dulang yang telah di taburkan tepung.

5. Biarkan sehingga 30 minit atau kembang dua kali ganda.

6. Goreng pada api sederhana sehingga is kekuningan.

7. Apabila ia sudah suam, taburkan dengan gula caster atau gula ising.

Donut Sausage Goreng


Donut Sausage Ayam Goreng


Ini lah kegemaran anak ku yang ke tiga tu, Wan Emir Zafir. Setiap hari bila balik sekolah masa kat KL dulu, bila
 aku tanya makan apa masa rehat, dia jawab, hotdog!! Asyik-asyik hotdog. Lama dah dia tak makan. Semalam
 tiba-tiba dia request nak makan. Rindu katanya, lama tak makan. Kesian dia. So, apa lagi, aku pun mulakan lah
 project membuat donut sausage ni. Bila dah sejuk pun, rasa donutnya masih lembut. Sapa-sapa yang tak ada
 oven, inilah resepi yang sesuai untuk menggantikan Sausage Bun. Selamat Mencuba..

Bahan-bahan

A (Diayak)

500gm tepung berprotein tinggi/ tepung roti
100gm tepung gandum
5gm pelembut roti
40gm susu tepung
10gm serbuk penaik

B (dibancuh)

90gm gula caster
5gm garam
40gm telur
340gm air sejuk
10gm ragi segera

D

40gm mentega
40gm shortening

Lain-lain

parutan kelapa kering
sausage


Cara-cara

1. Sebatikan bahan-bahan B, kemudian masukkan bahan A, uli sehingga menghasilkan doh

2. Campukan bahan D, uli lagi doh sehingga lembut dan kenyal.

3. Tutup dengan kain dan biarkan selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda.

4. Bahagikan doh kepada lebih kurang 60gm setiap satu.

5. Canai dan bentukkan doh memanjang, letakkan sausage dan gulungkan.

6. Sapukan telur cair (telur campur air dan susu segar), kemudian sadurkan dengan kelapa kering.

7. Biarkan ia rehat sekali lagi sehingga mengembang dua kali ganda.

8. Goreng dalam minyak panas sehingga berwarna perang keemasan.