My Manis Mulut

Hasil terbaru setelah kena hacked... cuma masih ada yang belum tertera resepi-resepinya.. buat bersabar ye...

Wednesday, February 16, 2011

Donut Kentang




Donut Kentang


Hari ini, mood nak makan donutlah pulak. Teringat masa duduk kat Puchong dulu belajar buat
donut ni dengan pembantu kawanku. Lama tak makan. Semalam beli kentang nak buat sup
ayam, tapi tak terbuat, apa lagi... aku pun rebuslah kentang tu untuk dijadikan donut.. Anak-
anak aku pun suka makan donut ni... beli kat kedai tak puas makan, apa lagi buat je lah sendiri..
jom.. buat sekali!!


Bahan- bahan

500g tepung
1 biji kentang
1 cawan air suam
5g yeast segera
1/3 cawan minyak masak/minyak jagung
1/4 tin susu cair(ideal)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam


Cara-cara1. Rebus kentang sehingga empuk. Blend kentang bersama 1 cawan air suam.

2. Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan yeast, gula, minyak, susu cair, garam dan kentang yang di blend tadi.

3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau menggunakan tangan sahaja. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Jika rasa terlalu keras, campurkan sedikit lagi air suam atau sebaliknya, jika terlalu lembut, tambahkan lagi sedikit tepung. Lagi lembut doh, lagi lembut donut akan jadi.

4. Bulat2 kan doh menjadi kecil-kecil dan buatkan lubang ditengah-tengah dan susun dia atas dulang yang telah di taburkan tepung.

5. Biarkan sehingga 30 minit atau kembang dua kali ganda.

6. Goreng pada api sederhana sehingga is kekuningan.

7. Apabila ia sudah suam, taburkan dengan gula caster atau gula ising.

No comments:

Post a Comment