My Manis Mulut

Hasil terbaru setelah kena hacked... cuma masih ada yang belum tertera resepi-resepinya.. buat bersabar ye...

Wednesday, February 16, 2011

Ayam Bakar



















Ayam bakar

Seperti dalam gambar kat atas tu, ini adalah makanan kegemaran kami sekeluarga. Bila rasa

malas nak masak memasak, inilah yang aku hidangkan untuk kami sekeluarga... Tak susah,

senang aje, kesemua bahan aku bakar sekali gus... Resepinya pun senang sangat. Aku akan

bakar ayam, kentang dan sayur-sayuran sekali. Ayam akan dibakar dibahagian atas kerana

minyak ayam akan meleleh turun ke atas kentang dan sayuran.

Anak-anak dan mak aku panggil hidangan ni "ayam kangkang" kerana cara potongan dan

hidangan ayam tu


Bahan- bahan untuk ayam

2 ekor ayam dibelah dan di kangkangkan

2 labu bawang putih

2 biji lemon

10 biji cili hidup

garam secukup rasa

lada hitam

4 sudu besar minyak



Cara-cara

1. Kisarkan bawang putih dan cili hidup sehingga halus.

2. Gaulkan sebati keatas ayam dan perahkan lemon, masukkan garam dan lada hitam dan minyak. Lumurkan pada ayam sehingga sebati.

3. Perapkan ayam selama 4 jam atau sekurang-kurangnya 1 jam.

4. Sedia untuk dibakar selama 1 jam atau ayam masak.


Bahan sampingan

kentang

carrot

tomato

bawang putih

garam

butter


Cara-cara

Potong kesemua bahan mengikut cita rasa

Susun di atas dulang pembakar

Letakkan beberapa ketul butter yang dipotong dadu dan renjiskan sedikit garam

Bakar sehingga empuk dan masak

No comments:

Post a Comment