My Manis Mulut

Hasil terbaru setelah kena hacked... cuma masih ada yang belum tertera resepi-resepinya.. buat bersabar ye...

Wednesday, February 16, 2011

Kerabu Kacang Botor


KERABU KACANG BOTOR


Setiap hari Khamis ngan Jumaat, kat kawasan MGS, jalan ke arah Batu Kawa ni, ada pasar tani.

Merata orang jual kacang botor ni. Lama betul tak makan. Ingat dulu masa aku kecil-kecil, duk

ngan arwah atuk ngan nenek kat Rasah, Seremban dulu, ada pokok kacang botor ni. Teringin

nak makan jer, gi petik sendiri kat belakang rumah tu. Pokok punyalah lebat ngan kacang-

kacangnya, pokok nya menjadi betul.. ala-ala ada arch gitu.. Asal arwah nenek buat sambal

belacan, tak yah gi cari ulam lain dah... kacang botor jer... Dulu masa aku kecil-kecil, aku tak

panggil kacang botor, aku panggil kacang BOTOL!! hahahaha...

Arwah nenek pun suka buat kerabu kacang botor. Sedap plak tu.. Hari ni, aku plak buat kerabu

ni untuk anak-anak aku rasa. Suami ngan anak-anak tersayang semua kata sedap kecuali anak

no 2 aku tu, dia tak suka makan sayur... hmm... tak dapek nak tolong dia tu!!! Kalau sapa-sapa

teringin nak cuba, meh saya kongsi resepinya... Selamat mencuba!!



Bahan-bahan

20-25 biji kacang botor dipotong serong

4 keping kubis yang dihiris halus

1 mangkuk kelapa parut (ambil putih)

6 biji limau kasturi

1 biji bawang besar dihiris halus

3 biji bawang merah

5 biji cili merah

2 sudu makan udang kering

1 sudu besar gula

garam secukup rasa


Cara-cara

1. 5 biji cili merah, 3 biji bawang merah dan udang kering dikisar lumat. Kemudian masukkan kedalam kuali, dan campurkan sekali kelapa parut. Kacau diatas api sederhana sehingga kering sedikit. Tutupkan api.

2. Masukkan kacang botor, kubis, bawang besar, garam, gula dan perahan air limau kasturi.

3. Kacau rata dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment