My Manis Mulut

Hasil terbaru setelah kena hacked... cuma masih ada yang belum tertera resepi-resepinya.. buat bersabar ye...

Thursday, February 17, 2011

Sambal Ikan Merah Goreng








Belacan Bakar









Bawang besar chop (pakai chopper)












Cili kering mesin sendiri











Asam jawa adabi (senang, bersih dan tak ada biji)














Inilah dia bahan-bahan nak buat sambal ikan ku. Memandangkan selalunya aku dah siap chop bawang, blend

 cili banyak-banyak, simpan dalam peti ais, dah tak reti nak guna biji-biji dah... senang bila bahan semua dah

siap, masak terus jer.. so, kat sini aku share cara-cara aku masak sambal ikan..


Bahan-bahan


4 keping ikan merah (marinate dengan garam dan kunyit)

3/4 mangkuk bawang besar blend

2 ulas bawang putih dihiris

2 sudu besar cili kering giling(blend)

3/4 sudu kecil asam jawa dicampur 1/2 cawan air

sedikit belacan bakar

1 sudu besar gula

sebiji bawang besar dipotong bulat

garam secukup rasa

minyak untuk menggoreng


Cara-cara


1. Gorengkan ikan dulu. Angkat dan letakkan tepi.

2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga sedikit kuning. Masukkan bawang merah dan goreng sehingga wangi dan garing.

3. Kemudian masukkan cili dan belacan. Tumis sehingga garing dan wangi. Masukkan air asam jawa, gula, garam dan goreng sehingga sedikit kering. Kalau nak tahu ia sudah cukup masak, minyak nampak terpisah dengan sambal.

4. Masukkan ikan dan bawang besar dan masak sekejap sehingga bawang layu dan siap untuk dihidangkan.

Wednesday, February 16, 2011

Udang Nestum

Udang Nestum


15 ekor udang sederhana besar

4 sudu besar margerin

2 tangkai daun kari dihir

3 biji cili api dihir

10 sudu besar bijirin Nestum

2 sudu besar gula

garam secukup rasa

minyak untuk menggoreng udang



Cara-cara


1. Gorengkan udang selama 10 minit. Toskan.

2. Cairkan margerin dalam kuali yang bersih.

3. Tumiskan daun kari dan cili padi sehingga wangi.

4. Masukkan udang dan gaul sebati.

5. Masukkan gula dan garam.

6. Masukkan Nestum dan gaul lagi sehingga sebati. Jangan terlalu lama.

7. Angkat dan hidangkan.




Kek Coklat Kukus


Kari Kepala Ikan

Posted by Picasa

Udang Masak Lemak Belimbing

Posted by Picasa

Roti

Roti


Roti ni di jadi satu makanan keperluan kat umah aku sekarang ni. Beli sebuku habis sekali hadap!! Kalau gi

 bakery tu, kadang-kadang sorang nak sampai 2 ketul roti 'sedap'. Aku panggil roti 'sedap' sebab kalau

makan roti loaf biasa tu untuk breakfast jer, roti sedap ni ada pelbagai inti kat dalam roti tu... Dulu-dulu rajin

gak buat roti tapi roti biasa-biasa jer. Nampak kat blog kak Azian, aku pun terus minta dia resepi... tapi lepas

 -lepas tu aku try adjust2 sikit dengan tengok resepi dalam buku, aku campur aduk sikit untuk kelainan rasa.

 Menjadi gak.. Sapa-sapa nak try, kat bawah ni aku share resepinya...


Bahan-bahan


500gm high protein/bread flour (aku guna bread flour)

100gm superfine/cake flour (aku guna cake flour)

100gm castor sugar

2 tsp salt

5 tbsp milk powder

1 packet instant yeast

2 small eggs

60gm butter at room temp.

280ml water

2 tsp bread improver


Cara-cara


1. Campurkan kesemua bahan kering dan masukkan dalam mangkuk mixer.

2. Gunakan pemukul 'hook' dan masukkan telur dan air sedikit demi sedikit sambil jalankan mesin pada speed perlahan.

3. Setelah semua bahan bercampur masukkan butter dan biarkan mesin berjalan pada speed 2. Uli selama 20/30 minit atau sehingga dough menjadi kenyal.

4. Untuk memastikan bahawa dough siap diuli, ambil sedikit dough dan leperkan mengunakan jari dan tolak/cucuk perlahan ditengah-tengah dough dan dia tak berlubang. (Kenyal seperti orang menebar roti canai)

5. Biarkan dough mengembang dua kali ganda daripada saiz asalnya. Musim sejuk, dough akan ambil masa lama sikit untuk naik.

6. Setelah dough naik, tumbuk dough ditengah untuk mengeluarkan udara didalamnya.

7. Bahagikan dough sama rata, lebih kurang 60gm setiap satu. Balutkan inti didalamnya dan bentukkan roti.

8. Susun diatas loyang pembakar dan biarkan dough naik dua kali ganda. Sapukan telur yang sudah bercampur susu (sebiji telur campur 2 sudu besar susu cair kotak).

9. Bakar selama 10/15 minit pada suhu 180C. Setelah siap, keluarkan daripada oven dan sapukan butter diatasnya supaya nampak kilat.

Sambal Sotong

Posted by Picasa

Puding Roti




PUDING ROTI

Ha!! Yang ni plak, fikir punya fikir, apa nak buat untuk minum petang.. Kawan ku si Azah ni nak sangat makan
 bread pudding katanya. Aku pun gi cold storage, pi beli roti 2 buku. Nasib baiklah cold storage dekat hujung jalan
 umah aku ni jer. Orang buat bread pudding ni sebab roti banyak lebih, orang sekarang buat, gi beli roti baru.. 
nasib baiklah roti kat sini tak selembut Gardenia tu!! Kalau selembut tu, kompom aku makan dulu, cicah ngan 
serbuk milo.. pergh!! sedapppp. Anyway.. aku nak kongsi resepi puding roti ku yang simple ni, nak makan gitu jer
 pun sedap, malas nak buat sos lah tu namanya.. Makan dengan ais cream vanilla pun sedap gak. Cuba yea...

Bahan-bahan

1 1/2 Buku Roti (stale but not hard)
3/4 cawan Kismis
4 biji Telur
3/4 cawan Gula
1 tsp esen Vanilla
3/4 tsp Serbuk Kayu Manis (cinnamon)
1/2 tsp Serbuk Buah Pala (nutmeg)
1/2 tsp Garam
3 cawan Susu Segar

Cara-cara

1. Sapukan butter pada acuan 9"x9"
2. Buangkan kulit roti dan potong roti kecil-kecil, lebih kurang 1/2 inci. Taburkan roti rata-rata dalam acuan dan kenudian taburkan pula kismis pada roti.
3. Dalam mangkuk berasingan, campurkan telur, gula, esen vanilla, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan garam. Pukul sehingga sebati.
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga bancuhan menjadi sebati.
5. Tuangkan bancuhan ke atas roti dan biarkan berendam selama 30 minit. Sekali sekala, tekan perlahan-lahan roti supaya semua roti terendam dan meresap.
6. Bakar puding roti ini didalam oven yang telah sedia dipanaskan dalam suhu 350F dan lapiskan acuan dengan air (water bath).
7. Bakar sehingga dia naik dan gebu (puffed and firm) di tengah-tengahnya.

Kuih Sago


KUIH SAGO
Posted by Picasa

Ha!! Kuih ni kuih kegemaran anak sulungku ngan aku sekali. Setiap kali mak mertua ku tanya nak makan apa,

 aku minta tolong dia buat kuih ni.. kat kedai banyak jual tapi kadang-kadang tu, sago tak masak betullah, kelapa

 dia macam tak berapa eloklah. So, lama-lama, aku belajar buat sendiri. Resipi ni memang aku dapat dari mak

 mertua ku juga.. almaklumlah, mak mertuaku ni dulu bekas guru memasak kat sekolah. Even cikgu-cikgu kat

 sekolah tu pun dia ngajar.. siap ada album tu. Seronok dapat tengok buku resipi colection mak mertua ku..

Resipi ni senang je, cuma penat mengacau je..


Bahan-bahan

3 cawan sago

3 cawan gula

2 helai daun pandan

3/4 camca kecil esen ros

sedikit pencelup merah

5/6 cawan air

air secukupnya utk merendam sago

1/2 biji kelapa parut yang diambil putihnya sahaja

sedikit garam

Cara-cara

1. Masakkan air panas (padamkan api setelah air masak)

2. Masukkan sago kedalam air panas, rendam selama 7-8 mini
t
3. Toskan airnya

4. Masukkan kembali sago kedalam periuk, masukkan 5 cawan air sambil kacau.

5. Masukkan daun pandan, gula dan pencelup (esen) merah dan masak sampai sago jernih.

6. Masukkan esen ros

7. Setelah semua sago jernih, masukkan kedalam loyang. Tunggu sehingga sejuk.

8. Apabila sejuk, potong dan gaul dengan kelapa yang bercampur garam sebelum dihidangkan.

Kuih Gertas

Posted by Picasa

Roti Cinnamon

Roti Cinnamon


Roti cinnamon ni sama jer resepi roti aku yang biasa tu. Cuma untuk intinya seperti berikut:

1 cup Brown sugar campur bersama 1 1/2 tsp cinnamon powder

1 cup raisin

70gm butter at room temp

Cara-cara


1. Dough yang sudah siap di bahagi dua dan canaikan dough menjadi bentuk 4 segi setebal 1 cm.

2. Sapukan butter tebalp-tebal dan taburkan brown sugar bercampur sebuk cinnamon tadi. Gelekkan dengan penggelek perlahan2 supaya gula lebih melekat dan tidak terlalu beterabur.

3. Taburkan raisin dan mula gulungkan dough.

5. Potongkan dough dan susun di atas loyang pembakar dan sapukan telur yang diacairkan dengan susu.

6. Biarkan doughh naik diua kali ganda. Bakar selama 10/15 minit. Setelah siap, keluarkan daripada oven dan sapukan butter diatasnya supaya nampak kilat.

Kek Dinasaur


Inilah dia kek harijadi anak aku yang ke 3, Wan Emir Zafir. Bila ku tanya, tahun ni nak kek apa,

jawapannya... tak taulah mama..., so, apa lagi, awal-awal cuti sekolah hari tu, aku gi KL. Singgah

kat kedai jual barang-barang Wilton kat Kota Damansara tu.. aku beli satu acuan bentuk

dinasaur ni. Inilah dia hasilnya... kek butter jer... Nasib baik menjadi, kalau tak jadi tadi, kena

lah aku gi cari kek lain. Pagi-pagi pada harijadinya baru nak mula bakar kek ni sebab hari

sebelum tu, kami sekeluarga pergi memancing!!

Ayam Bakar



















Ayam bakar

Seperti dalam gambar kat atas tu, ini adalah makanan kegemaran kami sekeluarga. Bila rasa

malas nak masak memasak, inilah yang aku hidangkan untuk kami sekeluarga... Tak susah,

senang aje, kesemua bahan aku bakar sekali gus... Resepinya pun senang sangat. Aku akan

bakar ayam, kentang dan sayur-sayuran sekali. Ayam akan dibakar dibahagian atas kerana

minyak ayam akan meleleh turun ke atas kentang dan sayuran.

Anak-anak dan mak aku panggil hidangan ni "ayam kangkang" kerana cara potongan dan

hidangan ayam tu


Bahan- bahan untuk ayam

2 ekor ayam dibelah dan di kangkangkan

2 labu bawang putih

2 biji lemon

10 biji cili hidup

garam secukup rasa

lada hitam

4 sudu besar minyak



Cara-cara

1. Kisarkan bawang putih dan cili hidup sehingga halus.

2. Gaulkan sebati keatas ayam dan perahkan lemon, masukkan garam dan lada hitam dan minyak. Lumurkan pada ayam sehingga sebati.

3. Perapkan ayam selama 4 jam atau sekurang-kurangnya 1 jam.

4. Sedia untuk dibakar selama 1 jam atau ayam masak.


Bahan sampingan

kentang

carrot

tomato

bawang putih

garam

butter


Cara-cara

Potong kesemua bahan mengikut cita rasa

Susun di atas dulang pembakar

Letakkan beberapa ketul butter yang dipotong dadu dan renjiskan sedikit garam

Bakar sehingga empuk dan masak

Sardin Roll


Sardin Roll

Hari ini, pagi-pagi lagi anak-anak ku tanya, breakfast pagi ni apa mama?? Sorang nak roti 
celup telur, sorang nak makan roti dengan tuna, sorang nak roti dengan sardin... Apa lagi, aku 
pun buka plastik roti. Ha!! Sorang tukang buang kulit roti, sorang gelekkan roti. Mamanya pun
mulakan project masak sardin. Lepas tu beramai-ramai menggulung roti. Ingatkan buat
banyak-banyak boleh bawa bekal ke sungai... malangnya... belum sempat bungkus nak bawa 
ke sungai, dah habis dibedalnya... lepas-lepas berenang kat sungai, terpaksa beli nasi lemak
bungkus... kah kah kah... LAPARRRR

Bahan-bahan

1 packet roti (besar)

4 biji telur

serbuk roti

garam secukup rasa

lada sulah


Inti

1 tin besar sardin (kuahnya diambil separuh sahaja)

2 biji limau kasturi (ambil jus)

1 biji cili merah (dihiris halus)

1 biji bawang besar (dihiris halus)

Cara-cara

1. Campukan ke semua bahan inti dan goreng sehingga sardin hancur dan kering sedikit.

2. Buangkan kulit tepi roti dan gelekkan roti sehingga nipis.

3. Masukkan inti dan gulungkan roti. tekan kedua hujung roti supaya inti tidak terkeluar. Letakkan sedikit telur atau air untuk gamkan roti.

4. Celupkan roti pada telur yang telah dipukul dengan garam dan lada sulah.

5. Golekkan pula roti pada serbuk roti.

6. Goreng sehingga kekuningan .

Puding Marble


Puding Marble

Cuti sekolah dah nak berakhir bagi tahun 2010. Tanpa di sedari anak-anak sudah

pun bertambah besar... hmmm... mengenangkan apabila mereka semua dah

besar nanti, seorang demi seorang akan meninggalkan mama dia ni... biarlah

aku sibuk sekarang melayan kerenah mereka... biarkan je mereka buat kecoh

kerana satu hari nanti aku akan berasa sangat sunyi.. sunyi dengan gelak tawa...

nangis..

emo plak kejap... hari ni resepi yang saya nak kongsi bersama ialah puding


marble.. senang je ni... makan sejuk-sejuk, cuaca sejuk... hmmm... sedappp




Bahan-bahan

1 packet/10gm serbuk agar-agar

4 cawan air

2 cawan gula

1 tin susu cair

1 cawan tepung kastard

1 sudu besar serbuk koko


Cara-cara

1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga larut.

2. Bancuhkan susu cair dan tepung kastard dan tapiskan.

3. Masukkan bancuhan tepung kastard ke dalam bancuhan agar-agar tadi dan kacau sehingga pekat.

4. Ambil sedikit bancuhan yang belum pekat, lebih kurang 2 sudu dan bancuhkan dahulu dengan serbuk koko.

5. Bahagikan bancuhan kepada 2 bahagian, 1 bahagian dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko.

6. Sendukkan adunan berselang seli ke dalam acuan.



Sup Tulang




Sup Tulang

Sup tulang ni kegemaran semua orang di rumah ni. Dari semalam anak aku yang sulung tu
request suruh buat sup ni.. kat asrama, kuah sup tak pekat katanya. Sup ni aku buat ala-ala sup
Mamak gitu cuma tak pedas. Kalau sesiapa rasa nak pedas, bolehlah tambah lada hitam. Alah...
dah ambil gambar, lupa plak nak hias ngan daun sup!!

Bahan-bahan

1 1/2 kg tulang lembu
10 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
4 sudu makan rempah sup/rempah kurma (dbancuh dengan sedikit air)
1 packet sup bunjut
4 biji kentang
daun sup
bawang goreng
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara

1. Rebus tulang bersama kulit kayu manis dan sup bunjut dengan secukup air sehingga empuk.

2. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis dalam sedikit minyak dan masukkan bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.

3. Masukkan bahan tumis ke dalam tulang yang telah direbus tadi. Masukkan kentang dan rempah sup/rempah kurma dan garam.

4. Masakkan lagi sehingga kentang empuk.

5. Hidangkan dan hias dengan daun sup yang dihiris dan sedikit bawang goreng.

Kerabu Kacang Botor


KERABU KACANG BOTOR


Setiap hari Khamis ngan Jumaat, kat kawasan MGS, jalan ke arah Batu Kawa ni, ada pasar tani.

Merata orang jual kacang botor ni. Lama betul tak makan. Ingat dulu masa aku kecil-kecil, duk

ngan arwah atuk ngan nenek kat Rasah, Seremban dulu, ada pokok kacang botor ni. Teringin

nak makan jer, gi petik sendiri kat belakang rumah tu. Pokok punyalah lebat ngan kacang-

kacangnya, pokok nya menjadi betul.. ala-ala ada arch gitu.. Asal arwah nenek buat sambal

belacan, tak yah gi cari ulam lain dah... kacang botor jer... Dulu masa aku kecil-kecil, aku tak

panggil kacang botor, aku panggil kacang BOTOL!! hahahaha...

Arwah nenek pun suka buat kerabu kacang botor. Sedap plak tu.. Hari ni, aku plak buat kerabu

ni untuk anak-anak aku rasa. Suami ngan anak-anak tersayang semua kata sedap kecuali anak

no 2 aku tu, dia tak suka makan sayur... hmm... tak dapek nak tolong dia tu!!! Kalau sapa-sapa

teringin nak cuba, meh saya kongsi resepinya... Selamat mencuba!!



Bahan-bahan

20-25 biji kacang botor dipotong serong

4 keping kubis yang dihiris halus

1 mangkuk kelapa parut (ambil putih)

6 biji limau kasturi

1 biji bawang besar dihiris halus

3 biji bawang merah

5 biji cili merah

2 sudu makan udang kering

1 sudu besar gula

garam secukup rasa


Cara-cara

1. 5 biji cili merah, 3 biji bawang merah dan udang kering dikisar lumat. Kemudian masukkan kedalam kuali, dan campurkan sekali kelapa parut. Kacau diatas api sederhana sehingga kering sedikit. Tutupkan api.

2. Masukkan kacang botor, kubis, bawang besar, garam, gula dan perahan air limau kasturi.

3. Kacau rata dan sedia dihidangkan.

Donut Kentang




Donut Kentang


Hari ini, mood nak makan donutlah pulak. Teringat masa duduk kat Puchong dulu belajar buat
donut ni dengan pembantu kawanku. Lama tak makan. Semalam beli kentang nak buat sup
ayam, tapi tak terbuat, apa lagi... aku pun rebuslah kentang tu untuk dijadikan donut.. Anak-
anak aku pun suka makan donut ni... beli kat kedai tak puas makan, apa lagi buat je lah sendiri..
jom.. buat sekali!!


Bahan- bahan

500g tepung
1 biji kentang
1 cawan air suam
5g yeast segera
1/3 cawan minyak masak/minyak jagung
1/4 tin susu cair(ideal)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam


Cara-cara1. Rebus kentang sehingga empuk. Blend kentang bersama 1 cawan air suam.

2. Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan yeast, gula, minyak, susu cair, garam dan kentang yang di blend tadi.

3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau menggunakan tangan sahaja. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Jika rasa terlalu keras, campurkan sedikit lagi air suam atau sebaliknya, jika terlalu lembut, tambahkan lagi sedikit tepung. Lagi lembut doh, lagi lembut donut akan jadi.

4. Bulat2 kan doh menjadi kecil-kecil dan buatkan lubang ditengah-tengah dan susun dia atas dulang yang telah di taburkan tepung.

5. Biarkan sehingga 30 minit atau kembang dua kali ganda.

6. Goreng pada api sederhana sehingga is kekuningan.

7. Apabila ia sudah suam, taburkan dengan gula caster atau gula ising.

Pau Sambal Goreng




PAU GORENG

Inilah dia pau goreng kegemaran ramai. Suami tersayang ku ni kurang sikit makan kuih manis-manis, tapi
 kalau pedas-pedas... masyukkkk.. hihihi... Lagipun sambal tumis ikan bilis banyak aku buat tadi,
Resepi ni aku dapat dari seorang kawan yang bagi inspirasi kat aku untuk buat blog ni. Blog dah lama ada 
tapi tak tau nak letak apa.. meh aku kongsi resepi beliau untuk semua yang berminat.


Bahan-bahan


A

1 peket yis 11 gm

1/2 sudu makan gula

1 cawan air suam


B

5 cawan tepung gandum

2 biji telur

2 sudu merjerine

2 sudu susu tepung

1 sudu teh gula

1 sudu teh garam

1 biji kentang kecil
( rebus dan lecek)


Cara-cara


1. Satukan bahan A. Biar ia berbuih tanda yis aktif.

2. Masukkan semua bahan B kecuali mentega. Gaul rata.

3. Tuang bahan A kedalam B dan uli hingga menjadi doh.

4. Lumurkan mentega dan uli hingga adunan lembut.Tutup dengan kain lembab dan perap 15 hingga 20 minit.

5. Taburkan tepung di atas landasan dan

canai sedikit doh setebal 1 cm dan terap dengan acuan mengikut besar yang di kehendaki.

6. Buat sehingga habis.

7. Doh yang di terap mula-mula tadi bolehlah di goreng di dalam minyak penuh dan api sederhana. Angkat, tos dan sejukkan.

8. Potong pau di bahagian tengah tetapi jangan sampai putus.

9. Sapukan dengan sambal tumis dan letakkan sekeping timun yang di potong bulat nipis ditengah pau..
( potong sedikit di hujung timun biar kemas bila di letak)